1/07/2013

HAKIKAT ILMU & ZIKIR



Hakikat Ilmu & Zikir


*) Ilmu, Maksudnya : Pengetahuan

Maksud dan tujuannya : 
· Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt dan yang mana Larangan Nya. 
· Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram. 
· Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.

Kelebihan atau keutamaanya : 
  • Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 1000 orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali. 
  • Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga. 
Cara untuk mendapatkannya :
Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail   .
  • Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, kiyai, ustadz mursyid, Guru-guru Agama dan sebagainya. 
  • Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku Fadail Amal dll. 
  • Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam. 
  • Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam. 
*) Zikir Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.


Maksud dan tujuannya : 
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan. 

Kelebihan atau keutamaanya : 
  • Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah. 
  • Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi Allah. 
  • Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Cara untuk mendaapatkannya :
  1. Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri . 
  2. Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.  Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
    • 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah swt.
    • 100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw. 
    •  100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim) Tanda cinta kita kepada diri kita
     
  3. Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  4. Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam  



               



No comments:

Post a Comment