1/07/2013

HAKIKAT ILMU & ZIKIR



Hakikat Ilmu & Zikir


*) Ilmu, Maksudnya : Pengetahuan

Maksud dan tujuannya : 
· Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana Perintah Allah swt dan yang mana Larangan Nya. 
· Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yan Halal dan yang mana Haram. 
· Dengan Ilmu, kita dapat mengetahui yang mana yang Sunat dan yang mana Makruh.

Kelebihan atau keutamaanya : 
  • Tidurnya seorang yang berilmu itu adalah lebih ditakuti syaitan dari pada 1000 orang abid (ahli ibadah ) tanpa ilmu. Orang yang keluar menuntut ilmu sama juga dengan orang yang berada dijalan Allah sehingga ia kembali. 
  • Barang siapa yang bersusah payah untuk menuntut ilmu, maka Allah swt akan memberi kemudahan jalan menuju syurga. 
Cara untuk mendapatkannya :
Ilmu terbagi dua Ilmu Masail dan Ilmu Fadail   .
  • Ilmu Masail kita belajar dengan Ulama-ulama, kiyai, ustadz mursyid, Guru-guru Agama dan sebagainya. 
  • Ilmu Fadail pula, kita belajar melalui kitab-kitab, buku-buku agama seperti buku Fadail Amal dll. 
  • Hendaklah kita da’wahkan ilmu ini kepada saudara kita di seluruh alam. 
  • Hendaklah kita derdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat ilmu ini didalam diri kita serta diri saudara kita di seluruh alam. 
*) Zikir Maksudnya : Ingat kepada Allah swt.


Maksud dan tujuannya : 
Kita hendaklah selalu ingat kepada Allah dalam setiap saat dan keadaan. 

Kelebihan atau keutamaanya : 
  • Barang siapa yang ada zikir dihatinya, maka ia hidup disisi Allah. 
  • Barang siapa yang tiada zikir dihatinya, maka ia seperti orang yang mati disisi Allah. 
  • Dan barang siapa yang selalu membasahi lidahnya dengan berzikir, maka ia akan masuk syurga dengan tersenyum-senyum.
Cara untuk mendaapatkannya :
  1. Hendaklah selalu ingat kepada Allah swt, baik semasa kita berbaring atau berjalan , atau baik semasa kita duduk ataupun berdiri . 
  2. Hendaklah kita berzikir sekurang – kurangnya 300 pagi dan 300 petang: Pagi setelah Solat Subuh dan petang pula setelah Solat Ashar.  Zikir boleh diamalkan seperti berikut ;
    • 100 x tasbiat ,(Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahhu akhbar) Tanda cinta kita kepada Allah swt.
    • 100 x Shalawat,(Allahumma saliala muhammad wa ala ali muhammad) Tanda cinta kita kepada Rasulullah saw. 
    •  100 x Istighfar,(astaqfirullah halaziim) Tanda cinta kita kepada diri kita
     
  3. Hendaklah kita da’wahkan zikir ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  4. Hendaklah kita berdo’a agar Allah swt tanamkan hakikat zikir ini di dalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam  



               



1/03/2013

HAKIKAT SHOLAT KHUSYU' WAL KHUDU'


Hakikat Solat Khusyu’ wal Khudu’
  • Solat,Maksudnya : Hubungan manusia dengan sang Kholiq (Maha Pencipta)
  • Khusyu’ Maksudnya : Konsentrasi
  • Khudu’ Maksudnya :Tertib , Tertib dibagi menjadi 3 :
  1. Tertib Waktu, yaitu solat diawal Waktu
  2. Tertib Tempat, solat dimana azan diazankan yaitu di Masjid  
  3. Tertib Cara, yaitu solat dengan cara berjamaah

Maksud dan tujuaannya : 
  • Sifat-sifat didalam Solat kita bawa kedalam kehidupan kita sehari-hari. 
  • Jika di dalam Solat kita tutup aurat, maka di luar Solat pun kita hendaklah menutup aurat. 
  • Didalam Solat kita menundukan pandangan, maka diluar Solat pun kita hendaklah menundukan pandangan. 
  • Didalam Solat kita mengucapkan salam, maka diluar Solat juga hendaklah kita mengucapkan salam ketika bertemu sesama muslim.
Kelebihan atau Keutamaannya : 
Sabda Rasulullah saw :
  • Barang siapa yang menjaga Solat nya lima waktu siang dan malam selama 40 hari Berturut-turut tanpa ketinggalan Takbiratul Ula bersama Imam, maka ia akan mendapatkan 2 kebebasan : Terbebas dari Siksa Kubur dan Terbebas dari Sifat Munafiq.
  • Barang siapa yang menjaga Solat nya maka Allah swt akan memberi 5 jaminan yaitu Akan diberi Keberkatan rezeki; Akan diselamatkan dari siksa kubur; Akan diberi catatan Amalan dari tangan kanan; Akan meniti titian sirat pantas seperti kilat;  Akan masuk syurga tanpa hisab
Cara untuk mendapatkannya :   
  • Hendaklah Solat diawal waktu, berjamaah, di mana azan di azankan(Masjid).
  • Hendaklah Solat di sof yang paling depan.
  • Hendaklah da’wahkan kepada saudara Muslim supaya solat. Manakala, yang sudah Solat hendaklah diseru Solat berjamaah.
  • Hendaklah berdo’a agar Allah SWT tanamkan Hakikat Solat Khusyu’ Wal khudu’ didalam diri kita serta dalam diri saudara kita diseluruh alam.

1/02/2013

1.HAKIKAT KALIMAT TOYYIBAH



1. Hakikat Kalimah Toyyibah : “Laailaha illallah, Muhammadur rasulullah”

Kalimah ini terbahagi dua yaitu kalimah Iman & kalimah Amal  :

A.   Kalimah Iman adalah Laailahailallah.
Ø Maksudnya : Tiada tuhan melainkan Allah

Maksud dan tujuannya :
Untuk mengeluarkan kebesaran kebendaan/makhluk didalam diri kita dan memasukan kebesaran Allah kedalam hati kita.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Apabila di timbang tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi dengan kalimah laailahailallah maka akan lebih berat kalimah laailahailallah karena tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akan hancur pada hari kiamat sedangkan kalimah laailahailallah kekal abadi.

Rasulullah saw bersabda :
man kaana akhiru kalamihi laailahailallah dad kholal jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang di akhir hayat nya keluar dari lidah nya kalimah laailahailallah wajib masuk syurga.

Cara untuk mendapatkan nya :
  • Hendaklah melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNYA.
  • Hendaklah memperbanyak mengucakan kalimah laailahailallah.
  • Hendaklah da’wahkan kalimah laailahailallah kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Hendaklah berdo’a agar Allah swt tanamkan Hakikat Iman didalam diri kita serta didalam diri saudara kita diseluruh alam.

B.    Kalimah Amal yaitu : Muhammadarasulullah.
Ø Maksudnya : Muhammad adalah utusan Allah.

Maksud dan tujuannya:
Untuk mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dalam dunia ini, cuma ada satu cara iaitu mengikuti cara baginda Rasulullah saw.

Kelebihan atau Keutamaannya :
Sabda Rasulullah SAW :
“Man ahya sunnati faqod ahabani waman ahabani kaana ma’afil jannah.”
Maksudnya : Barang siapa yang menghidupkan sunnahku berarti ia cinta kepadaku dan barang siapa yang cinta kepadaku maka ia akan masuk syurga bersamaku.

Sabda Rasulullah SAW :
“Man tamasaka bi sunnati inda fasadi ummati falahu ajru miiyati sayyid.”
Maksudnya :
Barang siapa yang berpegang teguh dengan salah satu sunnahku di zaman yang fasad (kerusakan umat) ini, maka ia mendapatkan ganjaran seratus pahala mati sahid.

Cara untuk mendapatkannya :
  • Hendaklah memperbanyak selawat atas Nabi saw.
  • Hendaklah menghidupkan sunnah, baik sunnah yang terkecil yaitu membuang duri dijalan, hingga sunnah yang terbesar iaitu berda’wah.
  • Hendaklah da’wahkan amal ini kepada saudara kita diseluruh alam.
  • Hendaklah berdo’a agar Allh swt tanamkan Hakikat Amal didalam diri kita serta diri saudara kita diseluruh alam.